Uploaded with ImageShack.us


Monday, October 11, 2010

KPLI datang lagi



Assalamualaikum...
Huhu, hari ni first day pembelian no. pin KPLI ambilan 2011 blh d buat, tapi tadi tak sempat beli, lambat balik dari keja, BSN da tutup, esk ja la baru beli, hehehe. Kawan aku ckp kena cepat beli be4 friday ni. Huhu... Sebut pasal KPLI ni teringat kali pertama aku mohon ari tu ambilan jun 2010, nak cerita sikitlah pengalaman aku  tentang KPLI ni, hehe... time tu aku apply pengajian bahasa melayu, kononnya nak ajar Bahasa Melayu la, tp kos yg aku ambi time d universiti dulu ekonomi, tu la aku ni main isi ja borg tu, bukannya tau baca betul2 pun, rupa2nya dalam borang tu ada tercatit syarat KPLI yang mengatakan pilih subjek sebaik-baiknya ada kaitan dengan kos yg kita ambil time d universiti. Aku pun da tak ingat bila baru aku perasan benda tu., kalau tak silap aku after dapat duduki MTest. 

MTest.....
Walau bagaimanapun, aku rasa bersyukur la dapat juga aku duduki Mtest, dapat juga rasa macamana bentuk-bentuk soalan Mtest ni. Fuh mencabar jg owhhhh... Aku pun tak berapa yakin berapa peratus ja yg aku jawab betul. Tapai memang betul la kata orang yang pernah duduki Mtest ni, kalau jawab soalan tu, tak payah fikir lama, masa tersangatlah singkat, yang penting kena yakin jawab. Cehhhhh.... hehe.. (mcmla aku yakin time jawab ari tu). Apa yg aku tau, yg penting persediaan kena ada, ha.... bacalah buku2 yg berkaitan Mtest tu sikit, hehe.. MTEST ada 5 kertas atau ujian la, iaitu Ujian kefahaman Bahasa Melayu (Verbal), Ujian kefahaman Bahasa Inggeris, Ujian Kemahiran Matematik (Kuantitatif), Ujian Kecerdasan (Analitikal) dan INSAK (Sahsiah). Bagi aku semua soalan ni susah la, maybe otak aku da tepu sedikit demi sedikit, so banyaklah yang aku da lupa tentang subjek2 yg berkaitan ni. Bahasa Melayu tu pun susah sangat la nak faham, tapi time tu aku jawab ja, matematik dan ujian analitikal tu mmg aku tak tau apa benda yang aku jawab. ha.... yang Insak tu senang sikit, hehe.. anggap ja kita jawab seperti kita ni serang guru yang terlalu baik hati, suci, penyabar n sebagainya, semua yang kita jawab kena positif. Tapi memang ramai juga yang tak sempat jawan insak ni, soalan ni memang kita tak payah fikir panjang, jawab ja dengan pantas. soalan bukan main banyak lg. Time tu akuy memang jaga masa ja takut tak sempat jawab semua. betul ka salah, belakang cerita. lagipun objektif ja. hehe... Time tu memang aku banyak membazirkan peluru. hehe.. apa yang penting doa bnyk2 n tawakkal. InsyaAllah klu rezeki kita, dapat lah..

Temuduga KPLI
After MTest, aku berserah ja, tak berharap sangat, lagipun ramai yang cakap memang susah nak lulus MTest tu n dapat temuduga. da la aku jawan Mtest tu ntah apa2. hehe... yg penting aku ada prepare la ckit before duduki Mtest tu. Setelah beberapa minggu, jawapan Mtest pun keluar, perasaan aku sebelum cek tu, memang   aku pasti aku tak dapat temuduga KPLI, ntah kenapa aku rasa yakin tak dapat. maybe coz ramai juga yang aku terbaca kat internet yg tak dapat temuduga tu. Ditambah lagi dengan perasaan aku takut kecewa melihat perkataan Harap Maaf atau Dukacita. hehe.. Stlh  aku melayari internet dalam setegah jam, tiba-tiba terniat plak nak cek sekadar saja2. cek punya cek, Syukur Alhamdulillah, hanya tuhan ja la tahu perasaan aku time tu melihat perkataan TAHNIAH yang terpapar d skrin cmputer ni. bercampur baur, tak tahu nak cakap macam mana, first time cuba, terus dapat panggilan temuduga. Banyak jugalah perediaan yang aku buat sebelum hadiri temuduga tu, beli fail baru, buku n sebagainyalah, bagi aku dapat tak dapat, belakang cerita yang penting kita ada usaha. Memang kurang tido juga la dsebabkan temuduga ni. klu time MTest ari tu aku tak berharap sgt, tp temuduga kali ni aku berharap sangat. maybe coz aku rasa itu adalah salah satu peluang yang paling penting dalam hidup aku. Selepas beberapa hari, maka tibalah hari temuduga tu, memang berdebar sebaik sahaja kaki memijak perkarangan Maktab Perguruan Tawau.. hehe, ni belum lagi masuk bilik penemuduga. Ramai juga org time tu, dapat juga berkenalan dengan kawan2 baru, nurhidayah, suzana dan ada beberapa lagi la. Aku rasa aku silap pilih baju la time tu.. memang be4 jalan tu, kakak n mum aku ada tegur supaya tak pakai baju tu, banyak kelip2 kan. tp aku ni degil.. hurmmmm... Selepas beberapa minit, turn aku la pula untuk berdepan dengan penemuduga. baiklah... sebaik ja ucap salam n duduk, da first thing penemuduga tu tegur ialah baju aku, dia ckp tak sesuai utk kriteria sebagai seorg guru.. hurmmm pas tu baru teringat ya Allah berdosanya aku lawan cakap mak dan kakak aku. masuk2 ja da kena hantam.. memang individu ni aku susah nak jawab, jawab tu memang jawab, tp penemuduga tak dapat terima jwpn aku kot. da aku aku soalan ni "Apa kaitan Bahasa Melayu dengan kos yang kamu ambi?" bila aku jawab, dia tetap tak puas hati, memang la dorg nak yg ada kaitan dengan kos. Then dia tanya lagi istilah2 bahasa Melayu, Ya Allah, habis aku, morfologi, sintaksis, fonologi, semua aku da lupa.. hurmmmm, dia ckp lg, yakinkan saya kenapa kami perlu memilih kamu sebagai guru bahasa melayu.. huhu.. dah la kos mmg tak ngam.. dia suru lg yakinkan sebagai guru bahasa melayu. aku keluar dari bilik tu memang dengan rasa hampa.. pas tu bila sesi berkumpulan, aku tak give up, aku cuba juga lontarkan isi2 wlupun sesi individu td memang aku da "Habis".. aku rasa sesi kumpulan memng more better than individu td. Bila da berakhir semuanya, memang aku balik dengan perasaan yg hampa dan sebagainya. Aku senang hati kos aku dapat jawab semua soaln penemuduga n dapat jawab sesi berkumpulan dengan ok la jg.. hehe.. (ada word "jg") tp yg lain2 tu aku tak nak ingat coz aku harap sgt dpt KPLI ni.. peluang la katakan.

                                                                  
mcm ni la baju tu

Keputusan KPLI
selepas beberapa minggu, keluar la keputusan KPLI, aku tgk juga la kat blog sharimi (klu tak silap) yg borak2 pasal KPLI, ramai juga yang mengeluh coz tak dapat.. OMG, betapa takut juga la aku time tu.. bila aku cek, yang tertera "HARAP MAAF" aku tak dapat masuk KPLI.. sedih, tp nak jg cek lg. perkataan tu still the same. Aduh, sedihnya...... teramat2 dan sgt2 sedih.. apa yg terdetik dalam hati aku utk tenangkan jiwa aku "bukan rezeki". Walaupun sedih, apa nak buat, da nasib badan, aku kena terima juga. sekurang-kurangnya aku da ada pengalaman bagaimana duduki Mtest n hadiri temuduga, n perbaiki segala kesilapan. Tu pun klu ada rezeki lg la, n klu Allah beri peluang ke2 untuk aku jalani kedua2 ujian tu. harap-haraplah.. Amin...

Pengajaran..
Aku harap kita sama-sama la ambil ikhtibar dari pengalaman aku ni kepada sesiapa yang berminat ngan KPLI.. dan kepada yang belum berjaya tempoh hari, jom kita cuba lagi... hehe.... gagal sekali tak bererti gagal selamanya, mari kita sesama mengingati bagi sesiapa yg akan hadiri temuduga KPLI akan dtg agar:

  1. Jangan pakai baju yang ada blink2, macam kurung moden sekarang ni banyak yg penuh manik2 mcm yang aku pakai time temuduga tula. lagi bagus kalau pakau kurung asli.
  2. Pakailah name tag n berpakaian seperti cikgu.
  3. Sebaik-baiknya pilih subjek yg ada kaitan dengan kos kita.
  4. Prepare la sebanyak yg boleh. 
  5. Yakinkan penemuduga bahawa ANDA layak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails